Monday 27 February 2012

zuriat – satu anugerah

 Dari Hawa Ke Hawa  


ramai yang menderita hatinya kerana tidak mendapat anugerah bernilai dalam perkahwinan . harta yang paling berharga dalam kehidupan berumah tangga iaitu; zuriat.
setelah perkahwinan berlangsung, maka rakan taulan sanak saudara semuanya mula menghitung hari menunggu sama ada pasangan baru mula menunjukkan tanda yang ‘badan telah berisi’. yang bermulut berani mula menggiat bila lagi , apa ditunggu dan sebagainya.
bila tahun berganti tahun, mulalah terdapat bisisk-bisik belakang memperkatakan tentang si isteri terutamanya, mengapa gagal menghadiahi suami zuriat sendiri, cahaya mata yang dinanti-nanti.
malangnya, walau berendam air mata sekalipun andai amanah Allah belum dianugerahiNya, maka selagi itulah penantian tetap bergelar penantian. yang ditunggu tetap tak kunjung tiba.
siapa kita untuk mencipta satu nyawa. kitapun hanya hamba. menerima dan pasrah menanti. namun, malangnya terdapat hamba-hamba Allah yang lain, yang sifat nya juga sebagai hamba , namun, perangainya tidak ubah mahu menjadi seperti Tuhan Yang Maha berkuasa. menghukum dan menyalahkan . hati mendengus, mulut mencebik, mengejek mana -mana pasangan yang tidak bercahaya mata.
tanpa sedar, sebenarnya mereka mengundang dosa, baik secara sengaja mahupun tidak. berdosa pada yang diejek dan berdosa juga pada Ilahi kerana tidak menerima qada dan qadar Tuhan dan mereka yang bersuara sumbang ini mungkin juga menjadi penyumbang membuatkan pasangan tersebut turut tidak redha dan selalu bersedih, bertambah-tambah lah dosanya.
ketahuilah, kepada pasangan yang tidak beroleh seorang pun zuriat, itu mungkin qada dan qadar yang terbaik untuk kita. hanya Dia yang maha mengetahui. tugas kita hanya redha dengan semua ketentuanNya dan meyakini setiap satu taqdir itu adalah yang terbaik untuk kita, kerana Allah tidak pernah menganiayai hambaNya.
pedulikanlah  kata-kata orang. manusia tidak pernah berhenti mengata.  kesabaranlah kunci segalanya. banyakkan sabar dan berserah diri . jangan lupa untuk berusaha. mungkin dapat mengambil rawatan atau terapi yang dibolehkan syarak.
jangan gusar dan bersedih hati. yakinlah pasti ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian. yang mahu bersuara mempersoalkan itu dan ini pula, ingatlah bahawa kita sama-sama manusia. tiada lebihnya beranak baik ramai atau tidak dengan mereka yang tiada zuriat, pokoknya, hati kita. itulah tempat jatuhnya pandangan Allah. peliharalah hati agar sentiasa bersih. maka pandangan yang jatuh juga tentunya bersinar membawa ketenangan dan kebahagiaan.
hidup berilmu, ceria selalu 

2 comments:

  1. tahniah utk kamoo dan hafiz....
    kamoo copy paste atau kamoo karang sendiri..sgt2 bagus bila membacanya.....setuju sgt dgn kata2 kamoo itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh tq akak...tu la semua tu kan rezeki kan atas pemberian Allah s.w.t kan...

      Delete