Thursday 15 March 2012

Amalan HarIan

AMALAN HARIAN

Amalan harian ini diperturunkan daripada guru-guru saya. Amalan ini perlu dilakukan semata-mata kerana Allah. Saudara-saudara yang melakukan amalan harian ini secara berterusan dan ikhlas akan mendapat bahagian kebaikan di dunia dan di akhirat mengikut Anugerah Allah kepada masing-masing. InsyaAllah

1.   Bismillah hirohmanirohim 1000 < 2500 kali
2.   Alfatihah 100 x
3.   Selawat ke Atas Nabi 40 < 100 x
4.   Istighfar    (Astaghfirullah ha innAllah ha ghafurrurrahim) 40 < 100 x
5.   Tasbih (SubhanAllah, walhamdulillah, wallaila ha illAllah Wallhuakbar) 40 < 200 x
6.   Lakhaula wala khuwata illa billa hil aliyil azim 100 x
7.   Laqad ja akum……sampai .,..azim (dalam Surah at-Taubah) 40 < 100 x
8.   Waman yat taqilla……..sampai …qadra.(dalam Surah an-Nisa’ ayat 2-3) 40 < 100 x

Solat:
1. Solat Hajat 2 < 8 rakaat
2. Dhuha 2 < 4 rakaat
3. Rawatib Semua 12 rakaat
4. Tahajjud 2 < 8 rakaat
5. Tasbih 4 rakaat (2 salam)
6. Witir 1 < 3 rakaat

Banyakkan beristighfar

Amalan beristighfar iaitu menyesali kesalahan yang lalu dan meminta ampun kepada Allah adalah sangat sangat digalakkan. Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Amalan Solat Dhuha

 Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Amalan Solat Tahajud

SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam. Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah. Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan.
Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t bermaksud:“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79) Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.
Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud. Di waktu inilah – iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini.Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.
Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah
a. Jauh daripada segala penyakit
b. Lahir kesan takwa pada wajahnya
c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
d. Percakapannya mengandungi hikmat
e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).
Sementara empat perkara di akhirat ialah:
a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
b. Dipermudahkan hisab
c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat
d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Sunday 11 March 2012

InsPirAsI hIdUpKu

Tuhanku... bintang2 telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu... mengintai kasih di perdu rindu...
~raBiatuL aL aDawiYya~



mencari KITAB INSPIRASI



Bismillahirrahmanirrahim..

Masih dalam mood mencari inspirasi.. beberapa hari dalam perdebatan untuk mencari sebuah penyelesaian. Juga, ekor mata terus terlirik pada sebuah “kitab”. Iye, DIARI SUFI yang mengajar Anis suatu erti, betapa pentingnya sebuah kata bernama DOA.
Kerana padanyalah satu JALAN tersusun rapi menuju RABB. Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah. Membuat orang tidak percaya menjadi percaya. Memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.





Anis tertarik dengan gaya santai kitab ini, sangat sesuai buat INSAN yang baru mencari belajar mencari ERTI. Izinkan Anis memetik kata-kata dari DIARI SUFI ini..
Setiap insan punya cara tersendiri untuk meluahkan rahsia hati… tidak kira pada sahabat, teman mahu pun keluarga. Tidak semua rahsia hati mempu diluahkan dengan kata-kata. Maka lahirlah Dairi Sufi yang diselitkan dengan doa, buat renungan untuk insan-insan kerdil yang selalu mengharapkan keredhaanNya.
Membaca buku ini begitu menyamankan hati. Menajamkan minda dan bisa menyemarakkan iman. Satu perkara yang dapat Anis rasa… terutama pada INSAN yang suka meluahkan dan berkongsi dihujung PENA..







Kisah yang berlingkar tentang kehidupan seorang gadis (mungkin diri penulis ini sendiri) yang segalanya diluahkan di dalam sebuah diari. Bercerita tentang suka dukanya kepada diari yang padanya lebih memahami apa yang tersirat di hati berbanding dengan manusia yang tidak begitu ambil peduli.


Apa yang menjadikan buku ini lebih menarik apabila setiap penceritaan disaluti doa yang berkaitan dan dilapik dengan ayat-ayat Quran sebagai buah hujah membenarkan tindakan.






Anis juga ingin sekali berkongsi sedikit ayat-ayat daripada buku ini yang di bawah bab 'Peliharalah Perjuanganku"


Perjuangan merupakan satu wadah yang sering disalahertikan. Definisi diberikan dengan merujuk kepada natijah yang belum terzahir tanpa menimbang dulu niat dan maksud yang mengiringi sesuatu perjuangan itu. Kita sebagai khalifah Allah SWT semuanya harus berjuang. Makna perjuangan juga tidaklah seharusnya disempitkan kepada pentafsiran yang kolot. Perjuangn boleh lahir dalam pelbagai situasi. Anak berjuang untuk mendapat keredaan Allah SWT melalui mentaati ibu bapanya. Guru berjuang membangunkan sahsiah anak bangsanya dengan ilmu. Majikan berjuang untuk memberikan keadilan dalam menangani para pekerjanya. Seorang Muslim selain memperjuangkan agamanya, berjuang menentang hawa nafsu. Semuanya merupakan para pejuang.


Melewati zaman yang berpintukan kecanggihan berjendela teknologi, menjadikan peranan perjuangan semakin sepi bunyinya. Malah pentafsiran negatif pula mengambil tempat seolah-olah perjuangan adalah sesuatu yang melanggar hukum alam dan buruk benar kesannya. Sebut saja perjuangan, maka kehancuran akan terpancar serta kemusnahan akan terbayang di benak kita sedangkan para rasul, sahabat dan tabiin tidak sudah-sudah berjuang hingga ke hembusan nafas terakhir mereka. Usah dituruti kesesatan yang tiada hujung pangkalnya. Yakin pada Allah SWT selagi kita memperjuangkan hak dan kebenaran kerana Allah SWT sentiasa bersama orang-orang yang benar.
"...Dan mereka yang bermujahadah pada jalan Kami nescaya Kami tunjuki jalan-jalan Kami itu." [Surah al-Ankabut:69]




Apabila kebatilan ada di depan mata, kita diam...
Hati berkata...
Aduhai manusia kenapalah kamu ingkar?

Apabila kejahilan ada di depan mata, kita bungkam...
Akal berkata...
Aduhai manusia kenapalah kamu tidak belajar?

Apabila kejumudan ada di depan mata, kita tergamam...
Jiwa berkata...
Aduhai manusia kenapalah kamu berbuat mungkar?

Akan tetapi...

Apabila kebatilan ada di depan mata, kita berjuang...
Hati berkata,
Ya ALLAH perkasakan aku menghapus kerosakan itu...

Apabila kejahilan ada di depan mata, kita berjuang...
Akal berkata,
Ya ALLAH kuatkan aku untuk memberinya ilmu...

Apabila kejumudan ada di depan mata, kita berjuang...
Jiwa berkata,
Ya ALLAH izinkan aku membela agamaMu...

Berjuanglah saudaraku...
Berjuanglah sahabatku...
Berjuanglah diriku...






DIARI SUFI
Siti Munazakiah
Must Read sdn bhd
RM15.90

Buku ini Anis sarankan untuk dimiliki dan selamilah kata-katanya yang indah membuai dalam dakwah ringan tetapi membina. Amat sesuai untuk bacaan remaja sebagai bahan bakar menjalani kehidupan seharian dengan SULAMAN DOA BUAT PEMANGKIN JIWA.

kiut kan "baby arab" ni ?? ^-^

SEtAhUn SudAh!! :))


Pada hari dan tarikh yang sama
Setahun sudah menarikan jemari 
Selamat Ulangtahun Ini cerita Puan Linda



Setahun yang lalu 11 March 2011  aku telah selamat diijabkabulkan dengan insan tersayang, suamiku, Abdul Hafiz ... harini dah genap 1 tahun 11 March 2012  usia pernikahan kami. semoga Allah terus mencucuri rahmat dan memberi kebahagiaan kepada kami hingga ke syurga (InsyaAllah)... Harapanku supaya kami dikurniakan rumahtangga bahagia dan anak-anak soleh dan solehah... amin.... Doakan ya kawan-kawan... Tp walau mcm mane pn…Dalam setahun ni byk jugak halangan n dugaan yg terpaksa ditempuhi…Hopefully walau mcm mane byk pn dugaan, kami akan sentiasa tabah dan dapat selesaikan sume masalah dengan baik…
Lastly…
Love him so much n arap hubungan ni akan sampai bila2…
Amin….
Semalam x pi mne2 pun...sambut aniversery kat rumah. jer...just beli kek...aku n cik somi, masak nasi ayam sama2 hehehe.....sonok lah masak sama2 kan syg....tetapi sian plak cik somi mse tu demam hihihihii.... .thanks ea syg memeriahkan..hri ulang tahun perkahwinan kite smlm...











Thursday 8 March 2012

sensitif ketika hamil.

sensitif ketika hamil.

sejak aku pregnant nih aku berubah jadi sensitif pulakkkk..... sebelum nih x pernah pulak mcm nih...skg sikit- sikit nak rasa tersinggung, rasa nak marah,bile aku nak sesuatu je msti suami aku belikan aku sesuatu,,,,
bile aku kaji selidik balik sikap aku nih klaka pun ada... antara sikap PELIK aku ketika HAMIL....
  1. aku selalu nak diberi perhatian lebih dr sebelum nih..
  2. nak manja2 lah...lorat jer kan..hahhaha..biasalah..jumpe suami pun seminggu sekali kikikikiki :p
  3. sifat cemburu muncul tanpa sebab...klu suami aku balik lambat jer aku mule ah syak wasangka yang bukan-bukan.. tp suami aku begitu tabah melayan kerenah aku nih..n tetap sayang kt aku huhuhu..
  4. aku mula jeles dgn diri sendiri wehhhh..hahha sebab bentuk fizikal dah berubahkan.. (saiz s terus ke XL .....
  5. .Tapi semenjak aku peknen, laki aku x pernah marah2 aku pasti terangkan secara lembut untuk tenangkan emosi aku nih.
  6. cepat rasa sedih bile kena marah...pdhal hal kecik jer laki aku tegur..tp emosi aku terlampau mengikut perasaan sungguh..sampai aku menangis..( bile dah kena pujuk buat balik) aaadduhaaiii...sian laki aku..
tp bila di pikirkan balik buat apa asik nak carik kesalahan suami jer kan..sedangkan sekarang nih suami aku dah jd MR.MAMA bila balik rumah...dia lah memasak, mengemas rumah, menyapu, lipat baju, basuh pinggan tak pernah pun bedetik dia nak ungkit tuh semua..

ragam org hamil nih mencabar kesabaran suami sebenarnya kan.. ;p
maaf syg......nanti x buat lagi.hihihih..